Saturday 8 December 2012

Result exam dah kuaq

Result exam dah kuaq.. Ops, bukan kuaq tp kna hack..kehkehkeh.. Yang sepatutnya result kuaq isnin nie, tapi ampa taw ja la kan sipat manusia nie, x menyabaq. Dan disebabkan sifat2 tersebut, maka membe yang dikasihi, luqman dah hack web tu. then, kami, kami dan kami yang len pon dapat la taw result..

Yessss... Alhamdulillah, apa yang aku nak sangat aku dah dapat. 3.58... Itu dah cukup untuk wat parents aku senyum sampai setahon.hahaha.. Yalah, aku bukan la pandai sangat, tapi dapat result cam tu. besyukur sangat!! Itu ja yang boleh aku kata..

Ok, sampai takat nie dulu. Nak p keja dah.. Babai...


Thursday 6 December 2012

Ayasofya

So sweet... Aku baru abeh layan istanbul aku datang kt youtube. Ok..xyah nak gelak2, memang dah terlambat untuk dilayan. Haha.

Hurmmm.. Semalam aku meeting dengan bos besaq. Then, aku nak kena decide nama company. Tetiba qasa nak boh nama ayasofya technology services. Ok x???

Mesti time aku nak daftar nanti, orang kat kaunter tu gelak2 then cakap ' budak nie dah kena kenan istanbul aku datang lanie'... Hahahaha..

Bukan apa, bila aku tengok ayasofya tu, kagum siot.. Cantik.. Memang cntik..



Monday 3 December 2012

Budak umah



Geng study

Nie stengah ja dari geng2 study. Ramai lagi tp xdak dalam gambaq.


Kubu pertahanan

Bantai kena letak keliling sebab takot tegolek.


Abes exam

First skali........LEGA.... Sebabnya, xpayah tengok buku dah.. Penat dah aih.. Ramai orang soh sambung degree tp aku tak maw kot. Penat sangat. Time final exam aritu, sehari aku tidoq sejam ja. Aku qsa klaw degree, aku tak tidoq lansung dah. Hahaha..

Pas nie kena pikiaq pasai keja. Alhamdulillah.. Keja dah dapat. Tinggai nak jalankan ja keja tu. target ak senang ja. Aku harap tiap tiap bulan aku buleh sara family aku walaupon family aku dah ada income sendiri. Then sebulan aku kena simpan duet nak bli superbike sblom umoq 29. Kawen????? Errrr.. Ok, jodoh blom ada.. Nanti klaw ada, kawen la aku.hahahha..

Ok.. Nie nak cita part yang paling x best pas abeh final exam aritu. Baru balek umah sehari, aku dah tringat kat budak2 umah. Rindu nak merapu ngan depa kat umah tu. malam2 asyik lapaq ja. Bila nak mandi, mesti ada yang mengacau. Baling ais, tutup lampu, amik krusi mengendap kot atas. Macam2 lagi la..

Paling tringat kat geng2 study. Study kat kepsi dari malam sampai subuh. Dapat kepsi free sebab amen ngan dollah anak tokey kepsi. Lawan maen game, buleh tengok muka x pueh ati anai sebab aku potong high score dia kaw2. Hahaha.. Emy ngan luqman memang paling terbaek sebab depa buleh setelkan problem aku. yang len suma gila2. buleh ilang suma problem bila dok ngan depa.happy.. Aku rindu nak tengok muka depa bila tekun dengaq aku baca nota, sorang2 muka tekun nak blajaq. Lecturer klaw tengak muka depa, maw menangeh terharu..hahaha..

Hari last exam, aku qasa macam nak p cakap ngan haziq tp..... Aku tak prasan pon dia pas kluaq dari dewan exam tu.hurmm.. Sampai sudahnya, x tercakap jugak ngan dia. Nak msg, no tepon dah tak dak.hurmm., xpa la.. Cuma nak cakap, aku taw aku nie x la sebaek mana pon, tapi benda yang dah lama lepas, aku dah buang. Aku dah x simpan dalam ati. Bagi aku, yang dah lepas tu, lepaskan je lah. Klaw aku salah, aku mintak maaf. Klaw ko salah, aku dah lama maafkan ko.

Saturday 1 September 2012

Epy besday

Assalamualaikum... Ini hari ada satu cerita, cerita apa eh.. Sat nak pikiaq. Nak menulis blog yg dah bekarat siap reput nie. Lama pulak tak merapu, feeling feeling bagai dlm nie. 

Oke.. Arinie, 1 september.. Maksudnya.. Semalam merdeka la. Patut la bunga api bagai nak rak kat langit. Apa2 pon hepy besday utk Malaysia yang ke 55. Klaw ikut umoq manusia, dah ada cucu cicit dah nie. 

Haa..lupa pulak kat lagi sorang yang sambut besday jugak. Yang ke berapa erk?? Hurmm.. Rahsia katanya. Klaw tanya, umoq dia memang sentiasa 25. Xpenah tua. Epy besday jugak kat kakak ku yang tersayang. 

Nak boh gambaq dia tapi ak yang tak reti nak boh, cari2 dok x jumpa jgk.. Fuhhh.. Biaq p la. Next week nk p kl, sambut besday dia kt sana.. Yeyyy!!!