Wednesday 22 February 2012

projek di petang hari

petang tadi, pusing-pusing keliling umah cari apa2 benda yang boleh dibuat. oke, dah jumpa. ada simen ngan pasir. haa.. baru tingat yang mak aku cakap semalam, pasu untuk ayaq terjun kat kolam ikan nie pecah so tolong sambung balik or buat ja macam len, janji nak ayaq tu turun bak ayaq terjun.

dengan berbekalkan sejemput simen dan sejemput pasir, maka aku pon gaul kedua-dua bahan nie. gaul sampai sebati macam nak wat kek batik ya kawan-kawan. kemudian masukkan sedikit ayaq kedalam campuran kek batik simen ngan pasir tadi tu. gaul lagi sehingga suma molukul-molukul yang terdapat tu sebati.

bancuhan simen nie aku wat agak2 pekat sebab nanti senang aku nak tampal or nak wat bentuk. dah siap bancuh, maka bermula lah kerja-kerja mereka bentuk supaya ayaq yang kuaq dari pasu tu tak meleleh.
pas bentuk dibuat, biaq simen tu jadi keras dulu. hasilnya sok aku tunjuk..

comey lah

tadi aku dok tengok pesbuk kakak ipaq aku, ada gambaq depa satu family pi pangkoq. wahh, holiday sama tempat ngan aku tapi aku p ngan memember, dok chalet cikai ja. depa dok chalet bapak best. sesuai la ngan family, klaw ngan memember, dok yang cikai2 baru advanture ckit, baru trasa keremajaan nya. ceittt ~ ayat ja..hahah..

yang sebenaq nya aku nak cita kat sini, aku suka la tengok family abang2 aku. maksud nya aku suka tengok cara abang aku. so penyayang. walaupon tyme depa muda-muda dlu, tak dak la bek mana tapi bila dah beranak pinak nie..... wahhhhh... so suwittt... memang penyayang sangat2 la. layan ja anak depa tu.. kakak aku pulak, baru nak besalin bulan 7 nanti, anak first. and for sure serta kompom lah abang ipaq aku nanti sayang gila2 kat anak dia. oke.. suma makbapak sayang anak dia..hahaha..

haaa.. tengok.. bawak mainan betimbun... layan ja..hahhaah


nie elman.. dia paling tak merap skali. tapi kalaw merangkak, memang laju, bab memanjat, dia paling hebat, padahai nak berdiri pon x bapa nak betoi lagi.


sikit lagi abil nak sama tinggi ngan mama..hahahha

gmbaq abang lagi satu tak dak pulak, aku ingat nk copy dari pesbuk aidiel tapi tak dak pulak. hat tu lagi suwit kalaw tengok abang aku dukong aidiel. memang sangat2 lah tak sangka yg dulu pangai tah apa2, lanie buleh jadi sepenyayang tu.. kagum oke...hahahah..





Monday 20 February 2012

zaman budak-budak

cuti-cuti nie macam tak dak benda pulak yang nak wat kan, padahai betimbun assignment. tak pa, qasa nya assmnt tu buleh letak tepi dlu kot, ari nie baru ari isnin..keh keh keh.. tiap-tiap ari aku layan aidiel, kalau abil, dayini ngan elman mai, lagi la meriah, dah rupa ada kenduri kawen dah kat umah mak aku nie. padahai depa 4 orang ja, mainan kompom semak serumah, kekadang tu baling masok kolam lah, baling atas almari lah, pastu slumber ja wat tak taw pas maen... mak cik hat misali nie jugak la yang kena dok kutip mainan ampa tu. kekadang qasa cam nak bungkus suma mainan tu, sorok dalam almari, kasi tinggi-tinggi sikit, padan muka... tapi sian pulak so tak jadi lah..

bila tengok anak-anak sedara aku nie dok maen, happy ja qasa. tringat pulak tyme zaman aku kecik-kecik. kecik tak kecik la, kira dari baby sampai la aku form 5, aku qasa idop aku nie happy ja, tak dak masalah sikit pon even family aku nie bukan la senang sangat zaman dulu. dulu tyme aku kecik, dah nama pon idop tak bapa nak senang so tak dak lah abah aku nak beli mainan banyak-banyak. takat sorang satu, tu pon kadang-kadang aku tibai ja mainan abang aku, otromen ka, keta ngan traktor ka, apa ja yang abg aku maen, suma aku maen sama. takat mainan masak-masak, baby doll apa bagai, seingat aku lah, aku tak dak mainan tu..hahahah..

yang best nya, dulu mak aku bukak kedai makan. atas umah kami then bawah tu kedai makan. mak ngan abah aku jaga kedai siang-siang. aku ngan abang aku dok kat atas, macam-macam kami maen, agak tak cukup mainan, apa susah, abang aku p dapur, tengok apa patut buleh maen, tros sebat, salunya kami suka tibai tepung, amik kuali ngan senduk, dok kat ruang sidai kain, haaaa.. tyme tu ada la yang nak jadi chef, dok sat, buleh pulak jadi askar, amik tepung conteng-conteng muka. memang fun gila tyme tu. kebetulan pulak sebelah umah aku tu, kedai apek juai mainan, tiap-tiap bulan, mana mainan yang rosak, apek tu collect, mai la antaq kat kami adik bradek. kekadang tu, sekotak besaq dia mai antaq. kira slamat la duet abah aku untuk bli mainan kt kami.hahaha.. kalaw nak ikot cita zaman budak-budak, memang banyak gila lah. tak laqat nak taip banyak-banyak.

rindu zaman budak-budak dulu..

tiap-tiap ari maen ja, tak payah pikiaq quiz, tak payah pikiaq test, tak payah pikiaq final exam, tak payah pikiaq assignment, tak payah pikiaq pasai cinta, tak payah pikiaq pasai kecewa, tak payah pikiaq sedih...

(zaman budak-budak aku start dari aku kecik sampai la aku form 5, sampai nak SPM pon aku still tak isau pasai study.. maen ja keja, balik kelas, masok dorm salin baju, tros turun padang..fun sangat bila tringat balik, sikit pon tak perlu pikiaq masalah yang tersenarai tu)

 

OST Vanilla Coklat -Tentang Rasa By Astrid-[With Lyrics]



lagu nie trasa sangat2 lah suwittttttt... :')

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
'tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Sunday 19 February 2012

meminang

18 ari bulan ialah ari first start cuti mid sem, so bebudak poli suma cuti seminggu. kiranya buleh lah dudok mlangut kt umah makan, tidoq, bangun tidoq, makan lagi, smbung tidoq, kuaq ngan memember dan macam2 lagi lah aktiviti yang tak berhemah dilakukan. 

nak dijadikan cerita, malam tu aku tidoq lewat sebab assignment menimbun so bangun esok nya tu pon for sure lah lambat tapi tak selambat aku dok kat umah sewa.(burok perangai nya anak dara bangun lambat, nie suma kes tidoq lambat la) pukoi 12 mak aku dah ketok pintu bilik aku bagai nak runtuh. aku pon tekejut lah. tros aku jerit dari dalam "dah lama bangun la, tgh wat keja nie". tu sebenaqnya tektik2 xmo bagi kena bletiaq. mak aku panggil aku kuaq bilik, meh tolong masak. katanya ada orang nak mai. so tanpa mencurigai apa2, aku pon tolong la potong2 sayoq apa bagai, byk pulak mak aku masak, ramai kot orang nak mai..

lepas masak, kemas apa patot bagi bersih balik.. lepas zohor ramai la orang mai umah aku, dalam 5 bijik keta camtu. siap bawak bekas2 hantaran supa orang nak antaq meminang ja. aku jadi suspen sebab dalam family aku, tinggai adik laki aku ngan aku ja yang maseh bujang, kakak ngan abg2 aku suma dah beranak pinak dah.. dalam ati aku, owh, nie mesti jiran nak tumpang umah kot sebab yang mai meminang nie ramai, rumah sempit so mak aku bagi la tumpang. tapi bila pikiaq secara rasional, memang tak logik la. tyme tu seram sujuk telah melanda diriku, bepeluh macam msok maroton rentas jambatan pulau pinang tyme form 5.

seperti yang aku dok pikiaq dari tadi, rombongan tersebut memang mai meminang aku. terus lah aku terkelu lidah tak taw nak kata apa. dalam ati aku, laki yang meminang aku nie dah besedia ka nak makan nasik bungkus tiap2 ari. satgi klaw aku masak x cukup garam camna, tlebih pedas ka, ayaq x cukup ka..haa..isau aku aih.. lagipon aku student lagi kot, nak2 pulak final year memang busy gila. tak pa lah, tak dak sapa buleh jawab soklan tu so aku tinggalkan dengan tanda tanya dalam ati sendiri. laki tu ja yang buleh jawab soklan nie.

by that tyme, aku pon tengok lah muka laki yang sudi nak amik aku jadi bini dia nie. tetiba qasa terkejut bagai terkena kejutan letrik 1000 volt. tqasa macam ilang suma darah dalam badan. napa pulak aku kenai mamat yang mai meminang aku nie, dah la aku tak becakap lansung ngan dia, tetiba mai meminang, macam mana nak kawen nanti? macam mana nak dok srumah nanti? macam2 lagi la soklan dok pusing2 dalam otak aku nie.

kenapa la dia yang mai meminang aku, biaq la aku boh nama laki nie incik H. ada dua incik H, ampa pikiaq la seniri yang mana satu, aku xmo mention sapa2..keh3.. kontroversi nanti klaw dibaca dek awek2 depa..hahah.. 

oke, sambung cita. aku pon dengaq la apa yang disembangkan oleh kedua-dua pihak, segala hantaran, mas kawen, tah apa macam lagi lah, aku pon tak taw so aku dengaq ja. tarikh kawen suma dah ada. aku pon jadi blur, tak taw nak cakap apa, ikot ja apa yang depa kata. yang si incik H tu aku tengok dok sengeh macam kerang busuk, trasa panas ati pulak disitu. cara incik H sengeh macam nak balas dendam selepas kawen. aku pon tros pikiaq strategi nak selamatkan diri dari kena buli lepas kawen..agak jahat pikiran aku tyme tu.

majlis ari tu bejalan macam biasa, tetamu yang mai suma makan2 lepas selesai bincang. tyme suma makan tetiba incik H mai dekat ngan aku, cara sengeh dia sangat bangga macam dia dah menang. damn.. qasa geram pulak tyme tu. tapi tak pa, aku layan ja, baru ja incik H nak mula becakap tetiba "Here we go, come with me,There's a world out there that we should see,Take my hand, close your eyes, With you right here, I'm a rocketeer, lets fly~~~ (bunyi alarm gerak smyang subuh)

aku pon terkejut then tros bangun, dalam ati lega. owh, mimpi rupa nya aku nie, ngeri jugak klaw jadi btoi2, tak taw nak hadapi macam mana.

takat tu ja la mimpi aku semalam. 

  

Saturday 18 February 2012

status pesbuk

petang tadi aku sembang-sembang dengan besfren aku, tiba-tiba kuar cita pasai status pesbuk. bebudak skarang nie, nak2 every second up status, kekadang tu sampai qsa nak muntah la pulak. adoii.. tapi tu bukan point yang aku nak cita malam nie. 

sembang punya sembang tadi, tetiba besfren aku nie cakap "weyh, ang dah xdak masalah yang x buleh setel ka??".. aku gelak ja, pastu aku kata, "xpaham la soklan ang weyh, bagi ayat yang mudah aku paham ada x??" hahaha.. pastu dia kata kat aku, "eley, aku kenai sangat la ang nie, kalau ang ada problem, nak pulak ang dah sampai x buleh setel problem ang, kompom ang up status hat makan dalam kt pesbuk..."kahkahkah...

hahahahah..sumpah aku cakap, ang la membe aku yang paling prihatin, paling amik berat, and macam2 paling lagi lah.. kira ang paling caring la kat aku..hahaha..

 pangai aku nie senang ja weyh, kalau aku ada problem, then aku buleh setel, so xkan ada hal yang akan terganggu.. maksudnya aku xkan kecoh la.. tapi bila aku ada problem, then aku dah try setel problem tu, tapi emosi aku still terganggu dek problem tu, haa... tyme nie baru la aku nak kecoh bagai. tyme nie la aku nak up status pesbuk. nak pulak bila problem aku nie bekaitan ngan orang len, and kebetulan pulak orang tu mungkin fren pesbuk aku, tyme tu baru la aku up status makan dalam, orang penang kata, kalaw ang baca status tu "ajaq muka ang, trasa smpai jantung"...hahahah.. oke.. aku buleh sabaq, tapi aku manusia biasa yang lemah, sabaq aku ada batas, bila aku dah sampai limit, maka dengan ini akan berlakulah satu letupan dan letusan gunung berapi.. hahahah.. apa aku merapu panjang2 nie..

pelik ka prangai aku nie??? aku qsa x kot.. 

lantak lah.. nak kuaq ngan aiza n ana p lepak sat..

Friday 17 February 2012

fakta proses kelahiran

nie aku copy paste dari satu blog nie..menarik sangat aku qsa, maybe sebab aku pompuan.. bila baca benda nie, qsa untung jadi pompuan sebab bila qsa sakit nak besalin, terhapus suma dosa2 lepas.. haa.. untung kan..laki xdak benda nie.. 

  1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
  2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
  3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
  4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
  5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
  6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
  7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
  8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
  9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
  10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Thursday 16 February 2012

prangai

nak update sumtin tapi cmna nak mula pon tak taw... hurmmm.. xpa lah.. senang cita macam nie, aku cuma nak bagitaw, bila aku dah kick someone dari idop aku, aku xkan qsa tringin nak amik taw dah psai dia....nak mudah kan lagi cita nie, aku akan anggap orang tu dah mati walaupon tiap2 ari nmpak orang tu dok idop lg..

tunggu la lagi setaon atau lagi 2 taon, atau lama mana lah, baru aku buleh anggap orang tu idop balik kt dunia nie, nak senangkan cita lagi, baru lah aku buleh anggap orang tu penah wujud dulu dlm idop aku sebagai besfren, fren yang besa2 ja, atau apa2 lah yang ada kaitan ngan aku.. 

oke.. takat nie dulu.. aku nak p wat design RC yang tergendala tuh.. 

Sunday 12 February 2012

xoxo


macam besa, tadi slongkaq2 pesbuk, tiba-tiba aku terbaca nie... damn!!!! kena batang idung sendiri.... hahahaha

Friday 10 February 2012

doodle 3

don't judge

kita wat sumthimg mesti ada sebab. kadang2 orang tak taw sebab apa kita wat benda tu and kadang2 kita xwat pon benda tu, tapi ada orang cakap ang wat bnda tu. , tapi pecayalah Allah taw apa yang kita wat, Dia taw apa yang ada dalam ati kita.. 

lagi satu, jangan pandang luaran ja, then ang buleh judge yang someone tu perangai dia x elok juz bcoz rambut dia ada kaler, pangai dia kasaq, and what the rubbish you said to her..

 sebab dia nie rambut kaler2, ang cakap dia pakai tudung sebab nak tunjuk baek.. bila dia dengaq lagu mat salleh yang bunyi bising2, ang kata dia nie gian nak p clubbing sebab dah lama x pi sana..

weyhhh...apakah????  

cuti sem

next week cuti sem. yeah.. seronok buleh balik rumahku syurgaku..hahaha.. ingat nak p opis jumpa encik kamal ngan encik khalid, nak gosip sikit2, ari tu aku ada janji nak blanja mkn tp aku x balik penang so cuti nie buleh lah.

cuti sminggu nie.. very the heaven, xyah wat assignment. nak ajak kakak p salon, cuci rambut ngan wat facial kat muka yang macam setaon tak cuci nie, suma kesan dari p pongkor aritu. sun burn tambah ngan kulit2 mengelupas. sabaq jala..x dak sapa soh p wat suma tu.. ehhh, x nyesal beb..sebab p pangkor dengan membe2 yang paling sekepala is the best moment in my life.. yang penting kau x dak..keh3..

tapi ada sejemput masalah pulak, baru dapat brita yang kakak x jadi balik, nak p bali. owh man.. minggu lepas p aceh, minggu nie p bali, pastu dengaq cita minggu depan nak p bandung pulak..adoiiii... nak ikot jugak.........

tapi tak pa, sebab beliau janji nak bwk p phuket awal taon depan sebab taon depan dah abis study for diploma.. insyaAllah....

lupa pulak nak habaq, cuti sem nie kena balik ari sabtu sebab aku masok sport poli. bola jaring..hahahaha.. x penah se umoq idop aku, aku berkecimpung dalam arena bola jaring nie. tapi nak wat cam mana, nak maen hoki, xdak team pulak kat sini. pastu aku ingat nak msok bowling skali tapi sayangnya, tyme clash ngan tyme bola jaring pulak. disebabkan membe2 aku nie memujuk rayu soh msok bola jaring jugak, so aku pon msok la.. demi kawan2, aku sanggop walaupon aku tak reti lansung..hahaha.. kalau kalah, korang jangan marah aku eh.. tapi xpe, sijil tetap dapat kalau kalah pon..hahahah.. apa kesah?? janji enjoy.. ilang suma masalah yang menyemakkan otak nie..

Wednesday 8 February 2012

kiamat menurut agama islam

Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab
Kiamat menurut Agama Islam
... ... ... ... ... ... ... ... ...
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim ribuan bende kat fb, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

Tuesday 7 February 2012

baca nie..

technician

tadi dok tengok pesbuk, tiba-tiba ternampak gambaq2 technician aku. qasa rindu pulak tyme2 praktikal dulu. epy ja tanpa ada masalah nak kena pikiaq psai assignment apa bagai. runsing pala otak nie...hahahaha..


nie klaw kena sepak ngan yang tengah tu, memang melayang la..hahahaha..
tapi klaw dah kenal, memang sempoi..


en. firdaus pakai bju cam nak p dinner ngan awek tu napa?? hahahah

ini bukan technician oke.. ini bos.. civil engineer.. haaa.. ampa xdak bos sempoi cmnie!!!



truely 100% our vacation

sbenaqnya aku nak cita pasai p pangkoq, ingatnya nak upload la suma gambaq p pangkoq tapi lambat gila.suma skali ada 400 gmbaq, mmg naya la. dari td aku dok tunggu natang nie loading, tapi dok takat tu jugak..panaih btoi.. ampa tgk ja la gambaq kt pesbuk..hehehehe..sory byk2 naaa...

Sunday 5 February 2012

pangkor

memang best gila2, best sangat2. xtaw nak habaq camna punya best. kira memang best la..hahahahahaha.. nak cita panjang2 lanie, memang x larat sangat, letih beb.. the best vacation for ever. nanti aku cita panjang2 lagi...

muka burn.....^_^"

Thursday 2 February 2012

kembar tak seiras?? comey..


haaa... seiras kan?? gaya tidoq pon sama.. comey gila. qasa nak lempang ja dua-dua nie...hahahahahahah

nak muntah i tgk u

nak muntah i tengok u...HAHAHAHAHAHA... sebenaqnya xdak pa2 yang menarik pon, cuma nak tunjuk gambaq nie ja. comey betoi. walaupon aku geli ckit ngan kucing tapi aku suka tengok kucing yang bulu tebal2 tuh. tapi tak suka pegang. suka tengok dari jaoh ja.hahahaha.. ngada2 bukan.. tampaq maw.. kucing kat atas nie memang comey. geram ja tengok pangai dia.hahahaha