Saturday 8 December 2012

Result exam dah kuaq

Result exam dah kuaq.. Ops, bukan kuaq tp kna hack..kehkehkeh.. Yang sepatutnya result kuaq isnin nie, tapi ampa taw ja la kan sipat manusia nie, x menyabaq. Dan disebabkan sifat2 tersebut, maka membe yang dikasihi, luqman dah hack web tu. then, kami, kami dan kami yang len pon dapat la taw result..

Yessss... Alhamdulillah, apa yang aku nak sangat aku dah dapat. 3.58... Itu dah cukup untuk wat parents aku senyum sampai setahon.hahaha.. Yalah, aku bukan la pandai sangat, tapi dapat result cam tu. besyukur sangat!! Itu ja yang boleh aku kata..

Ok, sampai takat nie dulu. Nak p keja dah.. Babai...


Thursday 6 December 2012

Ayasofya

So sweet... Aku baru abeh layan istanbul aku datang kt youtube. Ok..xyah nak gelak2, memang dah terlambat untuk dilayan. Haha.

Hurmmm.. Semalam aku meeting dengan bos besaq. Then, aku nak kena decide nama company. Tetiba qasa nak boh nama ayasofya technology services. Ok x???

Mesti time aku nak daftar nanti, orang kat kaunter tu gelak2 then cakap ' budak nie dah kena kenan istanbul aku datang lanie'... Hahahaha..

Bukan apa, bila aku tengok ayasofya tu, kagum siot.. Cantik.. Memang cntik..



Monday 3 December 2012

Budak umah



Geng study

Nie stengah ja dari geng2 study. Ramai lagi tp xdak dalam gambaq.


Kubu pertahanan

Bantai kena letak keliling sebab takot tegolek.


Abes exam

First skali........LEGA.... Sebabnya, xpayah tengok buku dah.. Penat dah aih.. Ramai orang soh sambung degree tp aku tak maw kot. Penat sangat. Time final exam aritu, sehari aku tidoq sejam ja. Aku qsa klaw degree, aku tak tidoq lansung dah. Hahaha..

Pas nie kena pikiaq pasai keja. Alhamdulillah.. Keja dah dapat. Tinggai nak jalankan ja keja tu. target ak senang ja. Aku harap tiap tiap bulan aku buleh sara family aku walaupon family aku dah ada income sendiri. Then sebulan aku kena simpan duet nak bli superbike sblom umoq 29. Kawen????? Errrr.. Ok, jodoh blom ada.. Nanti klaw ada, kawen la aku.hahahha..

Ok.. Nie nak cita part yang paling x best pas abeh final exam aritu. Baru balek umah sehari, aku dah tringat kat budak2 umah. Rindu nak merapu ngan depa kat umah tu. malam2 asyik lapaq ja. Bila nak mandi, mesti ada yang mengacau. Baling ais, tutup lampu, amik krusi mengendap kot atas. Macam2 lagi la..

Paling tringat kat geng2 study. Study kat kepsi dari malam sampai subuh. Dapat kepsi free sebab amen ngan dollah anak tokey kepsi. Lawan maen game, buleh tengok muka x pueh ati anai sebab aku potong high score dia kaw2. Hahaha.. Emy ngan luqman memang paling terbaek sebab depa buleh setelkan problem aku. yang len suma gila2. buleh ilang suma problem bila dok ngan depa.happy.. Aku rindu nak tengok muka depa bila tekun dengaq aku baca nota, sorang2 muka tekun nak blajaq. Lecturer klaw tengak muka depa, maw menangeh terharu..hahaha..

Hari last exam, aku qasa macam nak p cakap ngan haziq tp..... Aku tak prasan pon dia pas kluaq dari dewan exam tu.hurmm.. Sampai sudahnya, x tercakap jugak ngan dia. Nak msg, no tepon dah tak dak.hurmm., xpa la.. Cuma nak cakap, aku taw aku nie x la sebaek mana pon, tapi benda yang dah lama lepas, aku dah buang. Aku dah x simpan dalam ati. Bagi aku, yang dah lepas tu, lepaskan je lah. Klaw aku salah, aku mintak maaf. Klaw ko salah, aku dah lama maafkan ko.

Saturday 1 September 2012

Epy besday

Assalamualaikum... Ini hari ada satu cerita, cerita apa eh.. Sat nak pikiaq. Nak menulis blog yg dah bekarat siap reput nie. Lama pulak tak merapu, feeling feeling bagai dlm nie. 

Oke.. Arinie, 1 september.. Maksudnya.. Semalam merdeka la. Patut la bunga api bagai nak rak kat langit. Apa2 pon hepy besday utk Malaysia yang ke 55. Klaw ikut umoq manusia, dah ada cucu cicit dah nie. 

Haa..lupa pulak kat lagi sorang yang sambut besday jugak. Yang ke berapa erk?? Hurmm.. Rahsia katanya. Klaw tanya, umoq dia memang sentiasa 25. Xpenah tua. Epy besday jugak kat kakak ku yang tersayang. 

Nak boh gambaq dia tapi ak yang tak reti nak boh, cari2 dok x jumpa jgk.. Fuhhh.. Biaq p la. Next week nk p kl, sambut besday dia kt sana.. Yeyyy!!!

Friday 17 August 2012

IPad

Dlm blog dok berhabuk, tetiba Ada up date kan...hahahahah.. Sja nk bgitaw bru dpt iPad Sempena besday yg ke 21.. Dpt kek lg tp celebrate awai pulak.. Xpa, papahal Pon, jnji dapat... Errrrrr...nk upload gmbq tp x reti plak.. Hahahahah.. Jap nk bljq dlu..nnt ak update len..

Tuesday 3 July 2012

maafkan saye


tu dulu la kot... skrang nie memang tak la kan..hahahhaha..
banyak liquid ngan rubber kat umah aku nie. dari dok simpan ja dlm laci, bek aku guna...
yes, aku dah padam suma skali, tak dak simpan serpih ckit pon.. hahahha..

sekarang nie.......
BAHAGIA SANGAT.....

sapa penah


haa..penah tak??
kompom penah kan..tak maw ngaku pulak..
tak pa..tak pa.. aku paham..

besfren



betol ke?


hahahahaaha..
sbijik kena kat muka.. bukan takat jatoh bawah katil pon wat tak taw. tepon siap silence. 3 ari tak cas tepon pon bateri dok full. sangat dasyat bukan??hahaha


Sunday 1 July 2012

danial lee



tima kaseh bebanyak kepada sarah rosmi kerana telah memulun cari gmbaq laki aku hat sorang nie.. kami memang salu behubung melalui BBM walaupon berjauhan, kami tetap keep in touch dan saling bertukar2 gambar....diharap sahabat2 saya iaitu aiza, sarah dan farhana yang mengetahui tentang hubungan saya dengan beliau, jangan lah di tweet atau di kecohkan di pesbuk..sekian...

 muahahahahahahahhahahah

*berangan buleh?? ^^

Friday 18 May 2012

besfren mengamuk

tengok tajuk pon seram kan..hahahaha.. bila besfren2 kesayangan aku terbaca blog aku nie, nak nak pulak cita pasai azim..perghhhhh.. tahap kemarahan mereka bertiga memang dasyat. aku taw, ampa marah sangat kat azim sebab tyme dia tinggai aku dulu, tiap2 ari aku kol ampa nangeh2 kan..hahahah.. tyme tu saja la nak buang ayaq mata.

sebenaqnya aku bukan la tak marah kat azim tu.. memang marah gila kot, tambah2 bila dapat taw dia bawak pompuan len nek moto kat sana. fuhhhhh.. memang marah gila la tyme tu.. dia punya tahap berapi kalah hot n spicy kfc..

nie besfren2 sekalian, aku nak habaq kat ampa. aku sbenaqnya tak buleh lupa kat dia, ada la sebabnya. dia banyak ubah aku kearah kebaikan la. bukan la aku nak kata dia tu sebaik-baik manusia. ada la jugak perangai buruk serta huduh dia tu.

 tapi bagi aku, banyak kebaikan yang dia wat kat aku.dia salu pringat aku soh smayang, tak penah org len soh aku kecuali parents aku. kalau nak taw, lepas aku khatam quran tyme darjah 3 dulu, aku dah tak ulang balik, aku tinggai lama sangat. sampai nak baca pon tegagap-gagap. sampai la tyme aku kapel ngn dia, dia salu kata dia baca yasin setiap malam jumaat.dia cuma bagitaw aku, dia tak sroh pon aku wat tapi dia wat aku tersedaq yang aku nie dah lama tinggai suma tu. start dari tu, aku soh mak aku ajaq aku baca yasin sebab aku dah banyak lupa huruf2 dalam surah yassin tu. mak aku baca, aku tuleh balik dalam bhasa melayu kot atas ayat tu. bila aku dah pandai baca, tiap2 ari aku baca sampai skg nie aku dah terhafal stengah dari surah tu..

dah tu pulak, dulu dia ada bagi aku rantai, cincin, gelang, baju.. motif dia bagi suma tu sebab nak aku berubah, jangan nak kasaq2 sangat. jadi lemah lembut sikit. even dia tak kesah aku nie kasaq. bila pikiaq2 balik, yes, itu untuk kebaikan aku jugak. tapi ampa taw la, klaw dah kasaq nie,tetiba nak lemah lembut, memang take tyme yang sangat lama lah.

banyak lagi kebaikan yang dia wat, sebab tu aku salu tingat kat dia. kalu nak cita kat sini suma, tak dan la aku nak layan cita korea.hahah.. oke lah.. nak p bawak diri dulu.

** besfren2 aku sekalian,
jangan la marah. memang la dia ada wat jahat tapi dia ada wat kebaikan jugak. tak salah kan kalau kita
ingat kebaikan orang tu. yang keburukan dia tu kita buang ja la kat blakang. tak payah ingat dah. :)

Tuesday 15 May 2012

Never Say Goodbye (rindu azim)

tadi aku dok layan meteor garden kat utube, tetiba tenampak la lagu nie. tros bukak. tringat pulak kat hazim. sob3. dulu tyme form 5, tyme tengah exam SPM, suma bebudak pakat2 bawak enset p asrama. cikgu pon dah tak kesah, pandang sbelah mata ja. konon-kononnya dah tak maw kacau bebudak nak SPM la. hazim pon bawak gak, tyme dok study group skali, dia tunjuk kat aku video klip lagu nie la. aku pon pulun la dok layan, padahai sblom tu tak penah2 pon dok layan lagu korea, jepun, taiwan apa bagai nie. takat lagu mlayu ngn english ja aku dok dengaq. tapi dia punya pasai, layan la jugak, bila dengaq banyak2 kali, sedap jugak. tyme tu dia dok pakai enset sony yang kaler puteh oren. hurmmm..rindu aih..


ehemm..setuju sangat..

Tuesday 8 May 2012

happy

seronokkkkkk!!! dengan segala hormat nya saya, amirah badri baru dpt berita yang saya ditakdirkan untuk cuti selama 2 bulan.... alhamdulillah...yeahhhhhhh..perasaan apabila dapat berita nie is like seorang bapak yang menunggu kedatangan anak yang ada dalam perot bini dia kluaq...pergggghhhh... seronok kot....

lulus suma subjek pon dah buat ak qsa sgt2 besyukur.. seronok yg amat... bayangkan lah, buleh mlangut depan tv, tak yah tengok buku, buleh maen game tiap2 ari, layan pesbuk ngan youtube sampai lebam, mrayap ngan member2... heaven oke...

aku penah cakap yang aku tak leh jawab pper geotechnic, bkak ja page first, spatah aram tak paham sebabnya laen yang aku baca, laen yang kluaq.. isaw kot.. tp aku dapat brita yg aku llus suma subjek.. tenkiu encik, saya taw Allah bukak ati encik untuk bg saya llus sbjek nie.. 

*conclusion nya senang ja.. kalau kau qsa idop kau susah, kalau kau qsa idop kau runsing dengan masalah bagai, kau ingat Allah, kau solat, kau doa.. jgn pulak kau doa skali ja.. doa byk2 kali lah. InsyaAllah, everything gonna be fine... aku dah lalui mcm2 masalah yang wat aku qsa down sangat, tak dak semangat, qsa kosong, sunyi and suma2 la. tapi satu hari aku sedaq, aku salu lupa kat pencipta aku. by that tyme, aku janji ngan diri aku yang aku xkan lupa pencipta aku. maksud aku, aku janji aku akan wat benda yang penting dalam idop aku tiap2 ari. jgn tinggai tanpa sebab.. solat, doa, bulan posa kna posa lah. kalau kau buat benda nie, InsyaAllah, seserabot mana pon idop kau, adalah jalan kluaq nya.. 

see...lari tajok kan.. tadi aku nak cita pasai aku happy, now dah msok tazkirah pulak..hahaha..

haaa.. satu lagi, membe2 aku ada tanya kat aku, napa kadang2 nampak macam aku terlalu berani bila berhadapan dengan orang yang tah pa2(tah pa2 tu maksudnya bla org nk cari gadoh ngn kau, orang nk wat sumting ngn kau)..cita nya senang ja, bila kita dalam situasi mcm tu, baca 'bismillah horihmanirohhim' 50 kali..
InsyaAllah orang yang nk cri pasai ngan kita tu akan qsa takot ngan kita.


Thursday 3 May 2012

exam dah abis

cita nya ialah exam dah abis.. alhamdullillah sgt2 sebab aku qsa aku ley la wat, cuma geotechnic ja, bukak ja paper satu apa pon tak taw. damn kan!! tapi lantak lah.. klaw di takdirkan aku x cuti 2 bulan, terpaksa la aku dok ipoh. klaw di takdir kan aku cuti, sonok laaaaa..hahaha..

tapi stress bila pikiaq pasai subjek kontrak, qsa macam buleh jawab tapi dapat lecturer yang wat spoil.. ini adalah msalah besaq oke.. doa byk2 la bg aku lulus. aku mintak lulus ja..

Thursday 22 March 2012

adam dan hawa

Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..♥♥


Sunday 18 March 2012

sentap tetiba

tadi kak long bukak pesbuk dia, then dia bukak wall azim. pastu dia panggil aku soh tgk wall azim. reaksi aku tyme tu, diam sat.dalam ati trasa sedih gila. tetiba terpikiaq, napa la aku still mengharap kat orang yang dah tak ingat kat aku n dah terlalu bahagia ngan awek dia skg nie.

tolong laaaaaaa..... bg sat idea cmna nk lupakan dia... arghhhhhh.... tolong la weyhhhhhhhh... 2 taon dah nie.. awt tak ley lupa jgk kt dia...huk3....

bridge competition

smalam ad bridge competition. rmai jugak yang msok, ada 26 group. msok ja dewan tu, bila tengok rmai2 nie, tros qasa nek seram pulak sebab suma group ade budak laki, group aku ja yang suma pompuan. aku,lala, milia, anis ngan wanie. mana tak isau, budak laki nie kan otak depa kreatif sikit, so depa mesti banyak idea kan. dah la kami nie tak dak lansung wat papa preparation. aku dengaq cita, group laen siap ada practice lagi wat jmbatan.

competition nie senang ja, yang susah nya bila kita kena guna kreativiti sndiri untuk wat bridge yang kukuh n tahan beban. bridge nie wat dari lidi satay, gam, benang ngan maskin tape suma poli sediakan. p sana bawak diri and pisau ja. bridge yang kami kena bina nie mesti x lebih dari 200 gram. bentuk bridge bley wat sesuka hati, janji pnjang bridge tu mestilah lebih dari 80 cm, tinggi pulak mestilah tidak kurang dari 5cm. masa untuk wat bridge nie depa bagi 4 jam. group aku memang enjoy, kami memang tak pikiaq untuk menang sebab kami memang lansung tak wat papa preparation, kami juz p sana untuk memenuhi masa lapang di ari sabtu yang indah.hahaha.

lepas siap bridge nie dalam masa 4 jam, tyme untuk test pulak. beban akan digantung kat tengah2 bridge nie smpai la bridge tu runtuh or patah. klaw patah bridge tu, group tu tros out.

walaupon bridge kami bentuk macam bodo ja tapi agak kukuh.bridge yang kami wat tu buleh tanggung 6kg. ampa bayangkan la, bridge tu berat tak sampai 200gram tapi buleh tanggung berat 6kg. kami masok smpai second final stage. bukan nak riak tapi siyes aku bangga ngan group aku. memang lansung tak sangka ley sampai final. tapi kami tak menang, sekadar dapat no 5. ampa layan ja pic nie..

nie la bridge tu.. team WAZAA.. maksudnya... wani, anis, zaimilia, amirah, adila

yeahhh.. nie la bebudak tu.. n their bridge.. bangga beb.. bridge tu macam tengkorak idop tapi buleh tanggung beban  smpai 6 kg. dapat no 5 dari 26 group. 

kt atas nie ada bebudak group lagi satu, bebudak klas aku jgk.. black, emy, ita, syida ngan yana.
kami amik hamper ngn bridge orang laen skali sebab nak bg nampak meriah..wakakaka..

Friday 16 March 2012

bbq night

ello.. ari nie aku nak cita psai bbq night yang aku ngn membe aku lg 4 orang organize kan. owh, sekarang baru paham betapa penatnya wat event nie. kami amik ari isnin malam untuk wat party nie. tapi kami start bli barang2 dari hari jumaat. kami kutip sorang 6 ringgit ja. sangat murah oke. sapa kata mahal, mai sini cheq nak pang sedaih.

jumaat tu, abis klas pukoi 11, lepak cafe, makan2 jap. dalam dekat2 pukoi 12 lbey baru balik umah. suma balik umah masing2, rest dulu. petang tu tetiba wanie antaq msg ajak p giant sebab ada giant baru bukak then banyak pulak sale. apa lagi, kami pon p la serbu malam tu. bli segala bagai yang nak di bbq kan macam hotdog, nugget, ketam, kentang,cikedis, ayaq and bahan-bahan untuk perap ayam. ayam pulak kami wat 7 ekoq sebab budak kelas kami yang nak attend event nie 37 orang. ada 5 orang ja yang tak join, 2 pompuan, 3 laki( thanks nasa, walaupon ko diam ja tyme mai umah aku ari tu, aku still appreciate sbb ko sudi mai untuk kelas kita, kami wat event nie untuk rapatkan balik mana yang rengang, sayang kat relationship yang dulu) . bahan perap ayam pulak ada dua resepi, satu resepi macam biasa, aku nak terang bahan2 yang depa boh pon aku tak bapa ingat sbenaqnya, yang satu lagi resepi emy and the gang. resepi pelik sikit sebab pkai ayaq coke tapi bila aku qasa, sedap pulak. 

balik ja dari shopin barang2, tros gi umah wanie untuk simpan barang2. nak simpan kat umah aku tak buleh pulak sebab peti sejuk aku kecik ja. pas antaq barang, baru tringat yang kami nie tak makan apa dari tengah ari tadi, perot pon dok bunyi2, apalagi, cari kedai makan la. lepak sana smpai pukoi 2 pagi. pas makan wanie ngan anis ikot balik tidoq umah kami sebab sok pagi2 nak kena pi pasar beli ayam. 

pagi sabtu pulak, kengkononnya nak kuaq umah pkoi 7, tapi cam besa lah, nak bangun pagi memang liat sikit, so lajak sampai pukoi 8 baru kuaq. kami pon p la pasar, bli ayam ngan kerang. lala dah bising2 sebab perot dia dah bunyi so tros p cari kedai mamak, bekfes dulu. pastu balik umah aku, cuci ayam. saja aku nak bagitaw, cuci ayam 7 ekoq memang penat bhai. nseb bek la kami 5 orang. so keja bejalan dengan begitu lancar.abis ja cuci ayam, wanie bawak ayam tu balik umah dia untuk simpan dalam freezer yang besaq. kami yang len rest smpai tidoq.pukoi 1 suma bangun mandi.

pukoi 2 dah janji ngan wanie nak wat apom polkadot kat umah dia, tapi disebabkan lajak tidoq, aku, lala, milia ngn anis gerak pukoi 3. sampai ja umah wanie, tros sinting tangan, msok dapoq, tros wat macam umah sendiri. lama jugak kami wat benda nie, sampai maghrib baru abis. abis ja wat apom polkadot nie, tros kemas2 meja, then open barang2 untuk wat gift kat orang yang mai bbq tu nanti. barang2 untuk gift tak beli lagi, tapi kami wat dia punya peket2 suma tu dulu. kami siap wat planmai umah lagi taw, dah kalah kenduri kawen..hahahah 

setel suma, amik moto, kami gerak p shopin kat kedai borong pulak. siyes sembang, p kedai borang is the best part. murah2 beb. qasa cam nak tibai suma. tapi disebabkan ada mak tiri so tak brani nak tibai lebih2..hahaha.. yang aku dapat petang tu, ada jajan, belon yang mcm2 bentuk, VIP kad(sapa yang mai party nie ja dapat), kopok panjang2 and macam2 lagi. balik umah,packing suma gift yang nak bagi. rest dalam sengah jam, kami kuaq balik, p mcd untuk prabeh assignment yang betimbun yang nak kena antaq ari isnin. abis ja assignment, kami wat gelang tangan dari button and lencana, organizer ja yang dapat, maksudnya kami 5 orang je la yang ada. penat sangat organize benda nie, tak kan lah tak buleh nak wat sumting untuk diri sendiri.. ye idak??? 

balik ja dari mcd, tarik simut tros tido tak sedar diri dah.hahahah.. bangun pagi ahad tu, g umah wanie untuk perap ayam, hotdog ketam n banyak lagi. abis ja suma tu. balik umah, kemas2 umah.sapu sampah, mop lantai, basuh suma krusi n meja sebab kotor. ankat rak2 kasut n kasut yang bersepah suma letak kat blakang.
sampai pikoi 10 jugak la punya dok mengemas.pukoi 11 lebih baru aku, lala ngan milia menyental kawasan letak moto kt depan umah. 

sok tu, ari isnin, abis klas pukoi 1.. balik umah, tiup belon, hias umah, g umah wanie, amik suma barang bbq. then pukoi 8 depa suma mai. best sangat, nak taw sebab apa, kami dah 5 sem dok klas sama2, nie la first event yang satu klas attend kecuali yang 5 orang tu jala. yang 2 orang pompuan tu mybe segan kot. huhu.. ada banyak gambaq tp suma dah msok pesbuk, nk upload kt blog nie, siyes lambat. so ampa p ja cri kat pesbuk oke.


Sunday 4 March 2012

ayat mengundang

ayat nie aku copy dari pesbuk someone. aku ska like status dia, padahai kami tak kenai pon. dia nie pompuan oke. ayat dia suma nak mengundang ja, tapi kadang2 memang btoi apa yang dia tuleh..

biar putus sementara , untk menguji rasa cinta ..agar ini mengajar kita .. menilai apa itu cinta .. bukan sekadar kata-kata :) krn cinta perlu kekal selama2nya .. perlu serasi hatinya , bukan sehari dua ... tp selama2nya :) !


Satu Perkataan Sudah Cukup Untuk Melukakan Hati Seseorang ..
Tapi Kadang2 Kite Tak Sedar --'


Fakta tentang lelaki dan perempuan :
Lelaki : Apabila rindukan awek, biasanya lelaki akan melakukan perkara lain macam seperti melepak dengan kawan- kawan .
Perempuan : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian dengan menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta ♥


tolong jgn cube curi hati sy :) bkn sy takot untk bercinta lg , tp sy cume takot akn kecewa lg ♥


♥ dari titisan airmata kita belajar MENGERTI
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN ♥


Belajar DIAM dari banyaknya, BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN , Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN , Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN , Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. ♥


Setulus manapun cinta kita pada seseorang.... kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita... berdoalah agar dapat jodoh yang baik-baik... pengakhiran cinta yang sedih mungkin ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu apa yang ALLAH akan berikan pada kita nanti..♥ ♥ ♥


LELAKI salu cakap , perempuan tk pandai masak tak bole wat bini ! Sebab tu
PEREMPUAN pun akan cakap, lelaki tak pandai jadi imam , tak leh wat laki ♥ adil kan ? hahaha


♥ Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bkn cinta...tetapi kagum..♥ Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta..tetapi nafsu..♥ Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati,itu bkn cinta..tetapi kasihan..♥ Jika kamu mencintai kerana dia baik,itu bkn cinta..tetapi terpaksa...♥ Jika kamu mencintai hanya kerana Allah.itulah cinta yang lahir dari hati ♥







Friday 2 March 2012

warung babi guling, bali

ada apa dengan bali? bila aku p bali? ouh, sbenaqnya bukan aku yang p bali, akak aku yang p bali itu ari. nak honeymoon kata nya. honeymoon apa, dalam perot dok ada dah bapa bulan. ^^" hahaha.. oke, sambung cita, sesudahnya akak aku balik mesia, beliau dengan riak nya menceritakan kepada aku. jeles oke. dia kata baju gaun bebudak, t shirt apa bagai murah ja. ampa bayangkan lah klaw baju gaun bebudak klaw kat mesia mau lah kena dalam dua tiga ratus, tapi kat sana akak aku buleh dapat lima belas ringget ja klaw convert mai duet mesia. murah gila!!!!! adoii, nie qasa macam nak p sopink kat sana jugak. dengan berbekalkan duet yang beratus ribu juta rupiah (nie kalu duet mesia convert p indon la, klaw kira dalam duet mesia ja, aku qasa ada dalam lima ribu ja pon)..

dengaq2 cita, akak aku dah memborong sakan kat sana, dapat la secebis dua barang-barang dari bali kat aku.. yeye!! yang paling sure, anak-anak menakan aku mesti dapat lagi banyak. oke, tak jeles pon... (jeles sikit ja kot, grghh)... nie akak aku ada send satu gambaq nie kat aku, jap...


warung babi guling. tak ke terlalu hardcore nama kedai makan dia..hahahahah.. kat mesia, kedai-kedai cina yang ada jual menatang nie pon tak dak yang tuleh nama kedai cam gini. nie kalu ada orang islam masuk, pastu bila kena tangkap, alasan depa bagi, "mintak maap pakcik, kami tak taw pulak kedai nie jual babi".. haa, tyme tu ampa buleh amik senapang tembak kpala depa, dah terang-terang dah jual babi. nak mrapu panjang-panjang pon aku tak bapa banyak idea sebab bukan aku yang p seniri, ampa doa-doa la bg aku kaya, sok-sok buleh la p sana.



Wednesday 22 February 2012

projek di petang hari

petang tadi, pusing-pusing keliling umah cari apa2 benda yang boleh dibuat. oke, dah jumpa. ada simen ngan pasir. haa.. baru tingat yang mak aku cakap semalam, pasu untuk ayaq terjun kat kolam ikan nie pecah so tolong sambung balik or buat ja macam len, janji nak ayaq tu turun bak ayaq terjun.

dengan berbekalkan sejemput simen dan sejemput pasir, maka aku pon gaul kedua-dua bahan nie. gaul sampai sebati macam nak wat kek batik ya kawan-kawan. kemudian masukkan sedikit ayaq kedalam campuran kek batik simen ngan pasir tadi tu. gaul lagi sehingga suma molukul-molukul yang terdapat tu sebati.

bancuhan simen nie aku wat agak2 pekat sebab nanti senang aku nak tampal or nak wat bentuk. dah siap bancuh, maka bermula lah kerja-kerja mereka bentuk supaya ayaq yang kuaq dari pasu tu tak meleleh.
pas bentuk dibuat, biaq simen tu jadi keras dulu. hasilnya sok aku tunjuk..

comey lah

tadi aku dok tengok pesbuk kakak ipaq aku, ada gambaq depa satu family pi pangkoq. wahh, holiday sama tempat ngan aku tapi aku p ngan memember, dok chalet cikai ja. depa dok chalet bapak best. sesuai la ngan family, klaw ngan memember, dok yang cikai2 baru advanture ckit, baru trasa keremajaan nya. ceittt ~ ayat ja..hahah..

yang sebenaq nya aku nak cita kat sini, aku suka la tengok family abang2 aku. maksud nya aku suka tengok cara abang aku. so penyayang. walaupon tyme depa muda-muda dlu, tak dak la bek mana tapi bila dah beranak pinak nie..... wahhhhh... so suwittt... memang penyayang sangat2 la. layan ja anak depa tu.. kakak aku pulak, baru nak besalin bulan 7 nanti, anak first. and for sure serta kompom lah abang ipaq aku nanti sayang gila2 kat anak dia. oke.. suma makbapak sayang anak dia..hahaha..

haaa.. tengok.. bawak mainan betimbun... layan ja..hahhaah


nie elman.. dia paling tak merap skali. tapi kalaw merangkak, memang laju, bab memanjat, dia paling hebat, padahai nak berdiri pon x bapa nak betoi lagi.


sikit lagi abil nak sama tinggi ngan mama..hahahha

gmbaq abang lagi satu tak dak pulak, aku ingat nk copy dari pesbuk aidiel tapi tak dak pulak. hat tu lagi suwit kalaw tengok abang aku dukong aidiel. memang sangat2 lah tak sangka yg dulu pangai tah apa2, lanie buleh jadi sepenyayang tu.. kagum oke...hahahah..





Monday 20 February 2012

zaman budak-budak

cuti-cuti nie macam tak dak benda pulak yang nak wat kan, padahai betimbun assignment. tak pa, qasa nya assmnt tu buleh letak tepi dlu kot, ari nie baru ari isnin..keh keh keh.. tiap-tiap ari aku layan aidiel, kalau abil, dayini ngan elman mai, lagi la meriah, dah rupa ada kenduri kawen dah kat umah mak aku nie. padahai depa 4 orang ja, mainan kompom semak serumah, kekadang tu baling masok kolam lah, baling atas almari lah, pastu slumber ja wat tak taw pas maen... mak cik hat misali nie jugak la yang kena dok kutip mainan ampa tu. kekadang qasa cam nak bungkus suma mainan tu, sorok dalam almari, kasi tinggi-tinggi sikit, padan muka... tapi sian pulak so tak jadi lah..

bila tengok anak-anak sedara aku nie dok maen, happy ja qasa. tringat pulak tyme zaman aku kecik-kecik. kecik tak kecik la, kira dari baby sampai la aku form 5, aku qasa idop aku nie happy ja, tak dak masalah sikit pon even family aku nie bukan la senang sangat zaman dulu. dulu tyme aku kecik, dah nama pon idop tak bapa nak senang so tak dak lah abah aku nak beli mainan banyak-banyak. takat sorang satu, tu pon kadang-kadang aku tibai ja mainan abang aku, otromen ka, keta ngan traktor ka, apa ja yang abg aku maen, suma aku maen sama. takat mainan masak-masak, baby doll apa bagai, seingat aku lah, aku tak dak mainan tu..hahahah..

yang best nya, dulu mak aku bukak kedai makan. atas umah kami then bawah tu kedai makan. mak ngan abah aku jaga kedai siang-siang. aku ngan abang aku dok kat atas, macam-macam kami maen, agak tak cukup mainan, apa susah, abang aku p dapur, tengok apa patut buleh maen, tros sebat, salunya kami suka tibai tepung, amik kuali ngan senduk, dok kat ruang sidai kain, haaaa.. tyme tu ada la yang nak jadi chef, dok sat, buleh pulak jadi askar, amik tepung conteng-conteng muka. memang fun gila tyme tu. kebetulan pulak sebelah umah aku tu, kedai apek juai mainan, tiap-tiap bulan, mana mainan yang rosak, apek tu collect, mai la antaq kat kami adik bradek. kekadang tu, sekotak besaq dia mai antaq. kira slamat la duet abah aku untuk bli mainan kt kami.hahaha.. kalaw nak ikot cita zaman budak-budak, memang banyak gila lah. tak laqat nak taip banyak-banyak.

rindu zaman budak-budak dulu..

tiap-tiap ari maen ja, tak payah pikiaq quiz, tak payah pikiaq test, tak payah pikiaq final exam, tak payah pikiaq assignment, tak payah pikiaq pasai cinta, tak payah pikiaq pasai kecewa, tak payah pikiaq sedih...

(zaman budak-budak aku start dari aku kecik sampai la aku form 5, sampai nak SPM pon aku still tak isau pasai study.. maen ja keja, balik kelas, masok dorm salin baju, tros turun padang..fun sangat bila tringat balik, sikit pon tak perlu pikiaq masalah yang tersenarai tu)

 

OST Vanilla Coklat -Tentang Rasa By Astrid-[With Lyrics]



lagu nie trasa sangat2 lah suwittttttt... :')

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
'tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Sunday 19 February 2012

meminang

18 ari bulan ialah ari first start cuti mid sem, so bebudak poli suma cuti seminggu. kiranya buleh lah dudok mlangut kt umah makan, tidoq, bangun tidoq, makan lagi, smbung tidoq, kuaq ngan memember dan macam2 lagi lah aktiviti yang tak berhemah dilakukan. 

nak dijadikan cerita, malam tu aku tidoq lewat sebab assignment menimbun so bangun esok nya tu pon for sure lah lambat tapi tak selambat aku dok kat umah sewa.(burok perangai nya anak dara bangun lambat, nie suma kes tidoq lambat la) pukoi 12 mak aku dah ketok pintu bilik aku bagai nak runtuh. aku pon tekejut lah. tros aku jerit dari dalam "dah lama bangun la, tgh wat keja nie". tu sebenaqnya tektik2 xmo bagi kena bletiaq. mak aku panggil aku kuaq bilik, meh tolong masak. katanya ada orang nak mai. so tanpa mencurigai apa2, aku pon tolong la potong2 sayoq apa bagai, byk pulak mak aku masak, ramai kot orang nak mai..

lepas masak, kemas apa patot bagi bersih balik.. lepas zohor ramai la orang mai umah aku, dalam 5 bijik keta camtu. siap bawak bekas2 hantaran supa orang nak antaq meminang ja. aku jadi suspen sebab dalam family aku, tinggai adik laki aku ngan aku ja yang maseh bujang, kakak ngan abg2 aku suma dah beranak pinak dah.. dalam ati aku, owh, nie mesti jiran nak tumpang umah kot sebab yang mai meminang nie ramai, rumah sempit so mak aku bagi la tumpang. tapi bila pikiaq secara rasional, memang tak logik la. tyme tu seram sujuk telah melanda diriku, bepeluh macam msok maroton rentas jambatan pulau pinang tyme form 5.

seperti yang aku dok pikiaq dari tadi, rombongan tersebut memang mai meminang aku. terus lah aku terkelu lidah tak taw nak kata apa. dalam ati aku, laki yang meminang aku nie dah besedia ka nak makan nasik bungkus tiap2 ari. satgi klaw aku masak x cukup garam camna, tlebih pedas ka, ayaq x cukup ka..haa..isau aku aih.. lagipon aku student lagi kot, nak2 pulak final year memang busy gila. tak pa lah, tak dak sapa buleh jawab soklan tu so aku tinggalkan dengan tanda tanya dalam ati sendiri. laki tu ja yang buleh jawab soklan nie.

by that tyme, aku pon tengok lah muka laki yang sudi nak amik aku jadi bini dia nie. tetiba qasa terkejut bagai terkena kejutan letrik 1000 volt. tqasa macam ilang suma darah dalam badan. napa pulak aku kenai mamat yang mai meminang aku nie, dah la aku tak becakap lansung ngan dia, tetiba mai meminang, macam mana nak kawen nanti? macam mana nak dok srumah nanti? macam2 lagi la soklan dok pusing2 dalam otak aku nie.

kenapa la dia yang mai meminang aku, biaq la aku boh nama laki nie incik H. ada dua incik H, ampa pikiaq la seniri yang mana satu, aku xmo mention sapa2..keh3.. kontroversi nanti klaw dibaca dek awek2 depa..hahah.. 

oke, sambung cita. aku pon dengaq la apa yang disembangkan oleh kedua-dua pihak, segala hantaran, mas kawen, tah apa macam lagi lah, aku pon tak taw so aku dengaq ja. tarikh kawen suma dah ada. aku pon jadi blur, tak taw nak cakap apa, ikot ja apa yang depa kata. yang si incik H tu aku tengok dok sengeh macam kerang busuk, trasa panas ati pulak disitu. cara incik H sengeh macam nak balas dendam selepas kawen. aku pon tros pikiaq strategi nak selamatkan diri dari kena buli lepas kawen..agak jahat pikiran aku tyme tu.

majlis ari tu bejalan macam biasa, tetamu yang mai suma makan2 lepas selesai bincang. tyme suma makan tetiba incik H mai dekat ngan aku, cara sengeh dia sangat bangga macam dia dah menang. damn.. qasa geram pulak tyme tu. tapi tak pa, aku layan ja, baru ja incik H nak mula becakap tetiba "Here we go, come with me,There's a world out there that we should see,Take my hand, close your eyes, With you right here, I'm a rocketeer, lets fly~~~ (bunyi alarm gerak smyang subuh)

aku pon terkejut then tros bangun, dalam ati lega. owh, mimpi rupa nya aku nie, ngeri jugak klaw jadi btoi2, tak taw nak hadapi macam mana.

takat tu ja la mimpi aku semalam. 

  

Saturday 18 February 2012

status pesbuk

petang tadi aku sembang-sembang dengan besfren aku, tiba-tiba kuar cita pasai status pesbuk. bebudak skarang nie, nak2 every second up status, kekadang tu sampai qsa nak muntah la pulak. adoii.. tapi tu bukan point yang aku nak cita malam nie. 

sembang punya sembang tadi, tetiba besfren aku nie cakap "weyh, ang dah xdak masalah yang x buleh setel ka??".. aku gelak ja, pastu aku kata, "xpaham la soklan ang weyh, bagi ayat yang mudah aku paham ada x??" hahaha.. pastu dia kata kat aku, "eley, aku kenai sangat la ang nie, kalau ang ada problem, nak pulak ang dah sampai x buleh setel problem ang, kompom ang up status hat makan dalam kt pesbuk..."kahkahkah...

hahahahah..sumpah aku cakap, ang la membe aku yang paling prihatin, paling amik berat, and macam2 paling lagi lah.. kira ang paling caring la kat aku..hahaha..

 pangai aku nie senang ja weyh, kalau aku ada problem, then aku buleh setel, so xkan ada hal yang akan terganggu.. maksudnya aku xkan kecoh la.. tapi bila aku ada problem, then aku dah try setel problem tu, tapi emosi aku still terganggu dek problem tu, haa... tyme nie baru la aku nak kecoh bagai. tyme nie la aku nak up status pesbuk. nak pulak bila problem aku nie bekaitan ngan orang len, and kebetulan pulak orang tu mungkin fren pesbuk aku, tyme tu baru la aku up status makan dalam, orang penang kata, kalaw ang baca status tu "ajaq muka ang, trasa smpai jantung"...hahahah.. oke.. aku buleh sabaq, tapi aku manusia biasa yang lemah, sabaq aku ada batas, bila aku dah sampai limit, maka dengan ini akan berlakulah satu letupan dan letusan gunung berapi.. hahahah.. apa aku merapu panjang2 nie..

pelik ka prangai aku nie??? aku qsa x kot.. 

lantak lah.. nak kuaq ngan aiza n ana p lepak sat..

Friday 17 February 2012

fakta proses kelahiran

nie aku copy paste dari satu blog nie..menarik sangat aku qsa, maybe sebab aku pompuan.. bila baca benda nie, qsa untung jadi pompuan sebab bila qsa sakit nak besalin, terhapus suma dosa2 lepas.. haa.. untung kan..laki xdak benda nie.. 

  1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
  2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
  3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
  4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
  5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
  6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
  7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
  8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
  9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
  10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Thursday 16 February 2012

prangai

nak update sumtin tapi cmna nak mula pon tak taw... hurmmm.. xpa lah.. senang cita macam nie, aku cuma nak bagitaw, bila aku dah kick someone dari idop aku, aku xkan qsa tringin nak amik taw dah psai dia....nak mudah kan lagi cita nie, aku akan anggap orang tu dah mati walaupon tiap2 ari nmpak orang tu dok idop lg..

tunggu la lagi setaon atau lagi 2 taon, atau lama mana lah, baru aku buleh anggap orang tu idop balik kt dunia nie, nak senangkan cita lagi, baru lah aku buleh anggap orang tu penah wujud dulu dlm idop aku sebagai besfren, fren yang besa2 ja, atau apa2 lah yang ada kaitan ngan aku.. 

oke.. takat nie dulu.. aku nak p wat design RC yang tergendala tuh.. 

Sunday 12 February 2012

xoxo


macam besa, tadi slongkaq2 pesbuk, tiba-tiba aku terbaca nie... damn!!!! kena batang idung sendiri.... hahahaha

Friday 10 February 2012

doodle 3

don't judge

kita wat sumthimg mesti ada sebab. kadang2 orang tak taw sebab apa kita wat benda tu and kadang2 kita xwat pon benda tu, tapi ada orang cakap ang wat bnda tu. , tapi pecayalah Allah taw apa yang kita wat, Dia taw apa yang ada dalam ati kita.. 

lagi satu, jangan pandang luaran ja, then ang buleh judge yang someone tu perangai dia x elok juz bcoz rambut dia ada kaler, pangai dia kasaq, and what the rubbish you said to her..

 sebab dia nie rambut kaler2, ang cakap dia pakai tudung sebab nak tunjuk baek.. bila dia dengaq lagu mat salleh yang bunyi bising2, ang kata dia nie gian nak p clubbing sebab dah lama x pi sana..

weyhhh...apakah????  

cuti sem

next week cuti sem. yeah.. seronok buleh balik rumahku syurgaku..hahaha.. ingat nak p opis jumpa encik kamal ngan encik khalid, nak gosip sikit2, ari tu aku ada janji nak blanja mkn tp aku x balik penang so cuti nie buleh lah.

cuti sminggu nie.. very the heaven, xyah wat assignment. nak ajak kakak p salon, cuci rambut ngan wat facial kat muka yang macam setaon tak cuci nie, suma kesan dari p pongkor aritu. sun burn tambah ngan kulit2 mengelupas. sabaq jala..x dak sapa soh p wat suma tu.. ehhh, x nyesal beb..sebab p pangkor dengan membe2 yang paling sekepala is the best moment in my life.. yang penting kau x dak..keh3..

tapi ada sejemput masalah pulak, baru dapat brita yang kakak x jadi balik, nak p bali. owh man.. minggu lepas p aceh, minggu nie p bali, pastu dengaq cita minggu depan nak p bandung pulak..adoiiii... nak ikot jugak.........

tapi tak pa, sebab beliau janji nak bwk p phuket awal taon depan sebab taon depan dah abis study for diploma.. insyaAllah....

lupa pulak nak habaq, cuti sem nie kena balik ari sabtu sebab aku masok sport poli. bola jaring..hahahaha.. x penah se umoq idop aku, aku berkecimpung dalam arena bola jaring nie. tapi nak wat cam mana, nak maen hoki, xdak team pulak kat sini. pastu aku ingat nak msok bowling skali tapi sayangnya, tyme clash ngan tyme bola jaring pulak. disebabkan membe2 aku nie memujuk rayu soh msok bola jaring jugak, so aku pon msok la.. demi kawan2, aku sanggop walaupon aku tak reti lansung..hahaha.. kalau kalah, korang jangan marah aku eh.. tapi xpe, sijil tetap dapat kalau kalah pon..hahahah.. apa kesah?? janji enjoy.. ilang suma masalah yang menyemakkan otak nie..

Wednesday 8 February 2012

kiamat menurut agama islam

Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab
Kiamat menurut Agama Islam
... ... ... ... ... ... ... ... ...
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim ribuan bende kat fb, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

Tuesday 7 February 2012

baca nie..

technician

tadi dok tengok pesbuk, tiba-tiba ternampak gambaq2 technician aku. qasa rindu pulak tyme2 praktikal dulu. epy ja tanpa ada masalah nak kena pikiaq psai assignment apa bagai. runsing pala otak nie...hahahaha..


nie klaw kena sepak ngan yang tengah tu, memang melayang la..hahahaha..
tapi klaw dah kenal, memang sempoi..


en. firdaus pakai bju cam nak p dinner ngan awek tu napa?? hahahah

ini bukan technician oke.. ini bos.. civil engineer.. haaa.. ampa xdak bos sempoi cmnie!!!



truely 100% our vacation

sbenaqnya aku nak cita pasai p pangkoq, ingatnya nak upload la suma gambaq p pangkoq tapi lambat gila.suma skali ada 400 gmbaq, mmg naya la. dari td aku dok tunggu natang nie loading, tapi dok takat tu jugak..panaih btoi.. ampa tgk ja la gambaq kt pesbuk..hehehehe..sory byk2 naaa...

Sunday 5 February 2012

pangkor

memang best gila2, best sangat2. xtaw nak habaq camna punya best. kira memang best la..hahahahahaha.. nak cita panjang2 lanie, memang x larat sangat, letih beb.. the best vacation for ever. nanti aku cita panjang2 lagi...

muka burn.....^_^"

Thursday 2 February 2012

kembar tak seiras?? comey..


haaa... seiras kan?? gaya tidoq pon sama.. comey gila. qasa nak lempang ja dua-dua nie...hahahahahahah

nak muntah i tgk u

nak muntah i tengok u...HAHAHAHAHAHA... sebenaqnya xdak pa2 yang menarik pon, cuma nak tunjuk gambaq nie ja. comey betoi. walaupon aku geli ckit ngan kucing tapi aku suka tengok kucing yang bulu tebal2 tuh. tapi tak suka pegang. suka tengok dari jaoh ja.hahahaha.. ngada2 bukan.. tampaq maw.. kucing kat atas nie memang comey. geram ja tengok pangai dia.hahahaha

Monday 30 January 2012

zack

"orang kata manusia berubah mengikut masa, kadang-kadang aku harap sangat orang-orang yang rapat dengan aku tak berubah. sedih bila orang yang pernah satu ketika dulu rapat dengan kita, sekarang jadi macam orang lain. rasa asing sangat. MASA. sila kembalikan mereka yang dulu." (zack)

apsal status zack sedih ja nie. ang ada masalah macam aku jugak ka zack oii.. sedih gila. xpa2, aku paham camna ang qasa. ang sabaq la, nanti ang dapat la membe laen yang lagi baek dari yang ang penah kenai sblom nie.

Saturday 28 January 2012

11 minggu

apakah yang 11 minggu?? hurmmm... lagi sebelas minggu nak abis semester 5, ini bermaksud, lagi 9 minggu nak final..... HELPPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ya Allah, bagi la otak aku nie cepat tangkap apa yang lecturer ajaq... amin...

Friday 27 January 2012

nama anak

pagi kemarin kakak aku antaq msg kat aku "adik,anak kami beranak taun naga ayaq, agak2 nama apa yang sesuai?" gelak2 aku bila dapat msg tu. aku reply balik kat kakak aku "ampa nak nama ala2 mix potugis ka?" aku tanya macam tu sebab abang ipaq aku mix potugis.(tak pecaya nanti anak sedara aku ada darah mix..kah..kah..kah) dengan bangganya kakak aku reply balik "ya! ya! memang nak nama yang ala2"hahahahahaha...

kalaw nak nama yang ala2, x buleh la aku nak bagi on the spot, kena pikiaq dulu. kebetulan pulak tyme tu memang dok lepak dengan membe aku reramai. tros open topik, "weyh, kakak aku soh cari nama yang sempoi, nak yang ala2 mix potugis untuk anak dia tapi  tak taw laki ka pompuan so cari ja untuk  dua dua". membe aku balas yang ala2 mix x bapa taw la. tapi ang soh la akak ang boh yang nama ala2 old skool tambah urbun. tetiba aku pulak yang blur, nama macam mana tu?? tak reti aih.

pastu macam2 nama la depa punya dok bagi. aku pon pulun la tulis atas ketas takot lupa sebab depa bagi nama hat panjang2. ada jugak yang sedap, ada jugak semacam pelik sikit..hahahah

yang pompuan
cempaka emily(yang nie memang old skool plus urbun)
sofieya ezara(lala suka sangat nama sofieya, pastu ezara plak mcm sesuai ja boh skali)
amira syakira(nie boh sempena nama aku, yang syakira tu xtaw mai mana, depa yang boh)
nia dahlia(nie pon urbun plus old skool jugak)

yang lelaki
darwis aryan(nie ala2 potugis sikit)
haikal iskandar(haikal tu aku yang boh..suka la nama tu)
adam zulkhairi(aku nak nama adam, mmbe aku soh tambah zulkhairi, sedap jugak)
danial haziq(adakah aku silap taip nama blakang tu??ohh,tidak.aku boh sebab combination nama tu sedap, xdak kena mengena antara yang hidup atau yang telah mati)

nie nama yang aku bagi kat kakak aku, kalaw nak senarai hat yang mmbe aku bagi, memang sengah tu belit lidah nak sebut.hahahah

kenangan budak budak

semalam kelas geotechnic stat pkoi 8 pagi, aku ngan membe2 suma bangun sepagi monink yang tak bapa nak monink sebab kelas pkoi 8, 7 sengah baru aku nak bangun. trasa sayang gila kat tilam ngan bantal. oke, lantak. janji sampai kelas pkoi 7.58. lecturer pon tak sampai lagi. kelas 2 jam, blajaq dalam dewan yang sarat dengan manusia, jadi student kat krusi yang bertingkat boleh makan dengan tenang sebab lecturer kat bawah tak perasan apa yang dibuat dek student2 dia.itu jahat.jangan ikot. abis kelas pkoi 10, sepatutnya ada klas kontrak ngan math, tapi batal. yahoooooo... tu ja ayat yang kluaq dri mulut saat tu. dalam otak memang pikiaq, nak balik tidoq.(student memang suka tidoq).tapi ada kelas english, pkoi 1 smpai 2, klas structure pkoi 3 smpai 5.amik kau!!

dari pkoi 2 nak ke 3 tu, kami lepak cafe ja, sembang, merapu, gelak2 ngan kacau orang. minat btoi aku ngan aktiviti nie. nak pulak topik petang tu kenangan zaman budak2. suma pakat2 dok cita la zaman dulu tyme kecik. kalau ampa ingat2 balik, tyme kecik2 dulu femes gila dengan beg tarik.sapa yang ada beg tarik, kompom bila jalan muka nak riak ja. konon macam dia sorang ada beg tu.turun2 dari bas skolah tros ja angkat tempat tarik then tarik beg tu sampai kelas. kalau kelas kat tingkat 3 pon ampa pulun jugak nak seret beg tu. habis 1 skolah dengaq bunyi tayar beg ampa tersangkut dengan tangga. 
nie ar beg tarik. ampa mesti taw kan.. kuno la klaw ampa xtaw..keh..keh..keh..

pastu pulak, kalau bebudak mana yang anak orang kaya sikit, depa mesti pakai pensel calour yang besaq, aku xtaw la bapa batang dok ada, yang pastinya calour yang ada tu mengalahkan calour pelangi. sampai ja kelas, tros tayang kat satu kelas dengan bangganya sebab dia sorang ja yang ada. then, tulis nama kat pensel calour tu, kalaw kengkawan nak pinjam, dengan spontannya tuan punya pensel calour cakap "nie kami punya pensel calour, mak kami x bagi orang laen pinjam, nanti hilang". kawan yang kena sound nie pon tak maw kalah, "nanti aku suroh mak aku bli yang lagi besaq". yang best tu, kat kotak pensel calour tu ada tulis, "JANGAN CURI"hahahahaahhahaha.. ingat pencuri nak eran ka dengan amaran yang ditulis dengan pen merah..hahahaha..
haa..bila bukak, kiri kanan ada isi..pastu tunjuk kat 1 kelas..hahahah
kalaw ampa ingat, tyme dulu2 pemes dengan game lawan rubber, sapa menang buleh amik rubber tu simpan. bagi yang joker dalam game nie, dalam seminggu dia buleh collect satu beg plastik. nak main rubber nie senang ja, pastikan ampa ada rubber yang harga 2 kupang tu, ampa ngan pihak lawan mesti guna rubber hat sama cap, jangan la ampa pakai hat 2 kupang,yang nak lawan ngan ampa tu p pakai hat yang sringgit. cara main dia macam nie, first salah sorang kena stat dulu, tekan ja ujung rubber tu bg begolek, then yang lagi sorang tekan rubber dia bagi begolek jugak. ampa tekan la rubber tu sampai salah sorang dari ampa punya rubber dok kat atas rubber yang lagi sorang. bila menang ampa buleh la amik rubber pihak lawan yang kalah tu. senang dan menguntungkan bukan??   
nie la rupa rubber tu..

  

Monday 16 January 2012

pikiaq logik buleh x

haa..tengok tajuk..pikiaq logik buleh x?? pliz la weyh. kalau aku benci kat ang sangat2 pon, aku xkan la bodo sangat nk soh orang p bagi calaq keta ang. yang ang pulun trok2 tu awatnya. bodo pulak p caya, egt aku jahat sangat ka nak wat cam tu. sama la ngan kawan ang si Z** tu... dok giat ugut2 orang. kononnya dia buleh wat aku sampai aku qsa aku xmo mai epoh dah. nie aku nak abaq kat ang, aku mai epoh nie sebab poli aku kat cnie, klaw x, x kempunan aih aku nak mai sini. bukannya aku ada laki orang epoh pon. x gadoh nak balik umah mak metua kat epoh. tolong ingat sikit, aku mai epoh sebab nak blajaq, pastu aku p balik penang la weyh. xdaknya aku nak menetap kat sini. so x payah nak ugut cam ang baguih..

Sunday 15 January 2012

sedih kah??

aku baru ja ilang 3 orang besfren aku, and kehilangan nie sangat2 lah dirasai. kenapa?? sebab kami rapat sangat dulu but skg nie, tengok muka pon xleyh dah. yang sorang dah block aku kt pesbuk, yang lg 2 orang lak, diorang dah deactivate pesbuk diorang. motif diorang deactivate tidak diketahui. tipulah kalau aku kata aku x sedih tapi nak wat camna. kesedihan nie x lama pon, 2 minggu pertama mmg rsa down sangat2. tapi alhamdulillah sekarang nie aku dah oke. 

satu ja yang aku pikiaq, Allah tu maha mengetahui, He would never take somethin away from you without replacing with somethin much2 better. so, one day aku akan dapat balik besfren yang lg baek dari yang pernah ada sebelum nie. nie suma takdir Allah yang dah tertulis dari umo aku 4 bulan dalam perut mak aku. (nie fakta..Allah dah tulis setiap takdir seseorang semasa umo kita 4 bulan di dalam kandungan) so ampa yang ada problem mcm aku, jgn sedih2 sangat. Allah is good planners. just pray.....

Thursday 12 January 2012

if thing get complicated, PRAY

Performing solat is the act of cleansing the soul,
 one should feel calm and at ease while performing solat,
 one should feel the love and mercy of Allah being showered on them whilst he stands in prayer.
You are talking to your Lord when you are praying.
There is no stronger connection than the one between the Creator and His creation. Performing solat calms the troubled mind,
eases the worried heart,
and relaxes the stressed soul.
Performing solat comforts you, relaxes you, refreshens you. 
Performing solat is the most beautiful performance there is.